website

Bagaimana SSL Mempengaruhi Ranking Google & Juga Bisnes Anda

Secure SSL

SSL pada website anda bukan sahaja bermaksud website anda terjamin dari segi sekuriti internet, ia juga bermaksud tanpa SSL bisnes anda kehilangan trafik dan juga pelanggan.

Bayangkan senario ini….

Biasanya website anda mendapat kunjungan prospek atau pelayar web dengan banyaknya setiap hari. Disebabkan anda menyediakan kedai e-commerce bagi memudahkan pembelian produk anda, jualan anda agak bagus. Anda sangat berpuas hati dengan prestasi trafik ke website anda dan juga hasil jualan daripada kedai online website anda.

Tetapi satu hari, semuanya tiba-tiba berhenti…

Tiada trafik dan juga pelanggan. Jualan turun mendadak. Malah boleh jadi tiada jualan langsung.

Anda pun selidik apa masalah yang telah berlaku. Anda mula membaiki SEO website anda. Ubah sana, ubah sini. Godek sana, godek sini.

Tetap tidak berubah. Trafik banyak tapi tiada jualan. Dah macam tikus membaiki labu dah.

Selidik punya selidik baru anda tahu Google sudah mula kuatkuasakan polisi SSL nya.

Saya faham, anda mesti bertanya, kenapalah Google buat macam ni. Saja-saja ke?

Tidak – Google membuat perubahan ini adalah bagi membantu golongan pelanggan dan pelayar web supaya dapat mencari website atau kedai online yang lebih selamat dilayari. Supaya data-data transaksi pelanggan membeli barangan online adalah terjamin keselamatannya daripada kecurian dan daripada manipulasi pihak lain.

Mari saya terangkan serba sedikit tentang teknologi SSL ini.

Apa itu SSL?

SSL adalah singkatan daripada “Secure Socket Layer” dan selalu digunakan juga dengan terma TLS (Transport Layer Security). Ia sebenarnya adalah nama yang merujuk kepada protokol inkripsi yang digunakan bagi membuat inkripsi pada perhubungan secara talian. Maksudnya lebih kurang macam kita menggunakan SSL ni untuk inkrip atau menyulitkan data supaya tidak dapat dibaca atau tidak dapat difahami oleh pihak lain.

Apa itu HTTPS?

HTTPS adalah singkatan daripada “Hypertext Transfer Protocol Secure”. Ini adalah protokol web seperti HTTP tetapi dengan tambahan huruf ‘S’ yang bermaksud Secure (Selamat). Oleh itu tujuan protokol web ini adalah bagi membantu memastikan data kita selamat didalam talian ketika melayari web. What is the change?

Apa perubahan daripada Google?

Pada 2014, Google mengumumkan bahawa website harus menggunakan HTTPS , dan tujuannya adalah untuk memastikan bahawa website yang dilayari adalah lebih selamat. Namun pada waktu itu ia hanyalah sekadar saranan daripada Google. Pada awal tahun 2017, secara perlahan-lahan Google menguatkuasakan saranannya supaya lebih banyak website akan mula menggunakan SSL. Ini dengan meletak ikon-ikon pada pelayar web chrome bagi melabelkan setiap web yang dilayari adalah selamat atau tidak. Google juga mengubah algoritma enjin cariannya supaya lebih mengutamakan ranking SEO pada website-website yang menggunakan SSL.

3 sebab utama Google mahukan website yang lebih selamat adalah:

  1. Kesahihah Data
  2. Integrity Data
  3. Penyulitan Data

Kesahihan data mengesahkan pemilikan sesebuah website itu. Sebab terdapat banyak pihak yang cuba membuat replika website dengan harapan ingin mencuri data daripada pelayar web. (Kebanyakan pelayar akan mencari ikon mangga kunci hijau pada address bar sebelum memberikan apa-apa maklumat mengenai diri mereka. Terutama data login).

Integriti data bermaksud samada data telah dimanipulasi atau diubah ketika dihantar didalam talian. Jika ada pihak yang mengetahui bahawa website anda tidak selamat, mereka boleh mengubah data ketika dihantar didalam talian.

Penyulitan data adalah keselamatan pada komunikasi antara pelayar web dan server dengan memastikan tiada sesiapa pun yang boleh membaca atau faham data yang dihantar. Amat penting bagi menyulitkan(encrypt) data pada borang online, terutama data kad kredit dan transaksi bank bagi kedai online atau website e-commerce.

Berikut adalah contoh label icon pada pelayar web.

label icon pelayar web

 

 

 

 

Image credit: Netregistry

1. 🔒 Icon “secure security status” adalah icon yang mungkin anda biasa lihat jika anda menggunakan chrome sebagai pelayar web. Ia adalah mangga kunci berwarna hijau, bermaksud sijil SSL telah terpasang pada website itu dan website itu boleh dilayari dengan selamat.

2. 🔓 Icon info atau “not secure status” bermaksud website tidak menggunakan sambungan rahsia yang boleh menyebabkan pihak lain dapat membaca data-data yang dihantar online.

3. ⚠️ Icon “not secure” atau “dangerous security status” bermaksud website itu dilabel sebagai website yang merbahaya. Google merancang untuk semua website tanpa dipasang sijil SSL akan memaparkan icon segitiga merah pada pelayar chrome.

Bila perubahan ini berlaku?

Dari 1 October 2017, Google akan melancarkan (secara berperingkat) pelbagai amaran keselamatan web kepada pengguna yang melayari website yang tidak mempunyai sijil SSL. Ini akan memberi impak yang tinggi pada bilangan trafik kepada website-website yang dilabel sebagai tidak selamat, tidak kira apa jenis pemasaran atau teknik SEO yang anda sedang guna tanpa melibatkan sijil SSL.

Apa maknanya perubahan ini pada anda?

Jika anda tidak mempunyai sijil SSL pada website anda, anda akan mengalami risiko kehilangan bisnes anda. Terutama kepada mereka yang bergantung kepada trafik yang datang sebagai prospek untuk jualan bagi bisnes anda.

Anda boleh kehilangan 2/3 daripada trafik anda.

Tanpa SSL, empunya website akan dilihat sebagai tidak sah dan mungkin dianggap penipu oleh pelanggan-pelanggan baru yang mencari anda di internet.

Pelanggan sedia ada mungkin akan masih membeli, tetapi gateway pembayaran online pula mungkin akan memberhentikan segala transaksi yang melalui website-website yang dilabel sebagai tidak selamat ini.

So what would NOT having an SSL certificate cost your business?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang anda boleh lakukan?

Pastikan website anda selamat daripada perubahan besar algoritma carian Google dengan memasang sijil SSL pada website anda dan sentiasa update platform website anda. Pastikan sijil SSL itu dipasang dengan betul dengan cara banyak membuat ujian-ujian capaian pada website anda. Pastikan juga pautan semua gambar-gambar dan fail anda didalam website adalah daripada sumber SSL. Jika tidak website anda berisiko untuk dilabel sebagai tidak selamat.

Mana-mana pelanggan kami, kami akan memastikan website mereka dipasang sijil SSL. Samada SSL biasa atau premium. Bergantung kepada keperluan pelanggan dan juga bergantung kepada sejauh mana tahap keselamatan yang ingin mereka capai. Maklumlah, ramai yang dengki dengan domain .my kita ni.

Oleh sebab itu ini bukan soalnya jika anda nak melakukan perubahan atau tidak, ia persoalan bila anda perlu buat perubahan supaya website anda lebih selamat dan dilabel sebagai selamat. Ini adalah supaya untuk memastikan website anda sentiasa mendapat trafik dan prospek yang tinggi dan seterusnya menjana jualan yang tinggi untuk bisnes anda.Don’t miss this chance to upgrade your website and ensure you don’t suddenly undo all your SEO and lose valuable traffic and sales – all it takes is one simple phone call to get the ball rolling.

Jangan lepaskan peluang untuk upgrade website anda dan seterusnya memastikan bisnes anda tidak mengalami kerugian – apa yang perlu adalah hanya dengan satu panggilan telefon sahaja.

Hubungi kami di 019 660 6460 untuk khidmat nasihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *