website

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Website

7-sebab-kenapa-anda-perlu-ada-website

Para Peniaga Online & Entiti Bisnes Kena Baca

 

Website? Saya sudah ada FB page, kenapa saya perlu ada website? Itulah soalan yang sering ditanya oleh usahawan-usahawan online. Trend semasa dalam perniagaan online adalah berniaga didalam FB dan juga instagram. Kenapa perniagaan anda perlu ada website? Ada 7 sebab kenapa anda perlu ada website:

1.  Website adalah Pekerja setia anda

Website anda akan menjadi pekerja setia anda 24 jam siang dan malam. Tidak tidur dan tidak berehat. Kerja je. Kalau pelanggan anda nak membeli barang anda online, mereka boleh sahaja ke website anda. Tak perlu nak whatsapp anda ketika anda sedang nyenyak tidur. Esok pagi anda bangun dan proses sahaja order customer. Kalau website ecommerce lah. Kalau bukan website ecommerce, website anda tetap akan bekerja untuk anda sebagai pemberi maklumat dan juga sebagai pengumpul data prospek anda. Supaya anda boleh buat email marketing.

2. Menjadi Senjata Anda melawan Pesaing

Pesaing anda ada website, takkan anda nak ketinggalan? Anda juga perlu ada website. Bakal pelanggan anda akan sentiasa mencari info-info tentang produk yang ditawarkan online. Bayangkan jika pesaing anda dapat meyakinkan bakal pelanggan anda supaya membeli dengan mereka berdasarkan info-info dan ayat tangkap leleh mereka di website, anda akan kehilangan pelanggan anda kepada pesaing anda. Dengan adanya website, anda juga dapat memberikan info yang sama malah lebih lagi dengan memberi nilai pada info itu. Bakal pelanggan anda happy, anda puas hati dapat tarik banyak trafik.

3. Ramai mencari sesuatu online

Seperti sebab diatas, pelanggan sekarang tidak seperti pelanggan dahulu. Pelanggan sekarang adalah lebih berpengetahuan. Ini adalah disebabkan banyaknya info-info online. Jika anda dapat menjadi sumber info mereka, anda sudah dapat memenangi hati mereka untuk sentiasa dekat dengan anda.

4. Kurangkan kos promosi

Dengan adanya website, anda dapat kurangkan kos membina flyers, banner, bunting, kad dan sebagainya. Anda jimat dengan menumpukan segala promosi secara online. Walaupun promosi offline itu bagus tetapi kajian menunjukkan bahawa lebih 80% pengguna/pelanggan akan mencari sesuatu barangan/produk secara online.

5. Duta anda

Masa anda agak terhad, anda tidak boleh berada dibeberapa tempat dalam masa yang sama. Oleh sebab itu website memainkan peranan penting sebagai duta anda secara online. Dialah pemberi maklumat, dialah penyambut tetamu, dialah juga tukang promoter untuk perniagaan anda. Website lah yang akan membina jenama anda secara online sementara anda boleh menguruskan aspek lain dalam perniagaan anda.

6. Backup bisnes FB/instagram anda

Jika anda dapat lihat trend sekarang ini, ramai sifu-sifu fb yang mengajarkan teknik-teknik bagaimana menjalankan perniagaan didalam FB. Namun, dari sehari ke sehari kita dapat lihat FB sentiasa berubah. Baik dari segi polisi dan juga cara penggunaan tools-tools yang disediakan. Tools daripada pihak ketiga pun banyak yang timbul/wujud bagi memudahkan usahawan berniaga menggunakan FB. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang bila dah beli, FB tukar polisi dan API sistem mereka, terus tak boleh guna. Oleh sebab itu, website sepatutnya menjadi backup kepada perniagaan online anda. Jangan terlalu bergantung sangat dengan FB. Kalau FB tutup, bisnes anda pun nak tutup juga ke? Sudah tentu tidak. Jadi disitulah website memainkan peranan.

7. Lubuk pelanggan anda

Dengan strategi yang betul, website boleh menjadi lubuk pelanggan anda. Seperti membina kolam, anda pilih ikan yang suka makan umpan jenis apa. Kumpulkan mereka dan pancing mereka. Beza kalau memancing dalam kolam yang penuh ikan dengan selera umpan yang sama berbanding dengan memancing dikolam ikan yang terdapat pelbagai jenis ikan berselera pelbagai. Susah nak mengena pancing kita. Bila dah terkumpul senang kita nak membuat proses jualan.

 

Namun begitu, pemasangan dan penyelenggaraan sesuatu website itu memerlukan masa dan juga kepakaran.

Tentang masa kita boleh gunakan sistem automation. Saya akan terangkan lebih lanjut tentang automation didalam posting blog yang akan datang. Tentang kepakaran, anda serahkan sahaja pada kami. Kami telah bergiat lama dalam bidang pembinaan website ni. Sudah hampir 10 tahun. Tetapi bukanlah bermaksud kami menggunakan teknologi 10 tahun lepas. hehehe. Maksudnya kami mempunyai asas yang kukuh dan kami sentiasa menyelidik teknik-teknik pemasaran terbaru menggunakan website bagi perniagaan.

Nantikan posting seterusnya bagaimana menggunakan website untuk bekerja sebagai pengumpul prospek kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *